KEBAKARAN BILIK DI KINABATANGAN

Pasukan Bomba sedang memeriksa tempat kejadian setelah memadamkan kebakaran

Oleh Kahar Ali

KINABATANGAN: Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Batu 6 Jalan Bukit Garam dekat sini semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 petang dan sejurus itu telah respon dengan menggerakkkan sebuah jentera dan sebuah kenderaan utiliti.

Tujuh anggota bomba yang diketuai oleh Ketuai Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan PPgB Nurul Azlan Shah Jamaluddin telah melakukan operasi pemadaman yang melibatkan sebuah bilik rumah kediaman jenis tidak kekal.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 5.23 petang sebelum memadam api sepenuhnya, kata Nurul Azlan.

Operasi pemadaman kebakaran tamat pada jam  5.50 petang selepas overhaul dilakukan. Tiada mangsa terlibat dan punca siasatan kerugian masih dalam siasatan, tambah Nurul Azlan. 

Bilik rumah musnah 10 % dalam kejadian tersebut, katanya lagi.
Menurut Nurul Azlan, lokasi rumah itu terletak 3 KM dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *