Kecekapan guru diyakini mampu habiskan sukatan pelajaran sebelum peperiksaan

[ad_1]

JOHOR BAHRU, 31 Mac (Bernama) — Kecekapan dan kemahiran guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran diyakini mampu membantu pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah akibat pencemaran Sungai Kim Kim baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri Aminolhuda Hassan yakin terhadap kemampuan guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran sebelum peperiksaan tiba yang membabitkan kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang yang ditutup dan diberikan cuti bencana sejak 13 Mac lepas.

Beliau berkata pihaknya yakin dan percaya semua guru adalah tenaga pengajar yang profesional dan sudah biasa mengajar, mereka pasti tahu cara yang betul untuk mempercepatkan pengajaran sukatan pelajaran kepada pelajar.

“Saya yakin dan percaya bahawa pelajar-pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) seperti biasa walaupun terpaksa kejar untuk menghadapi peperiksaan,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2, di sini hari ini.
…..

[ad_2]