Pengembalian semangat MA63 mampu pulihkan sentimen rakyat Sabah, Sarawak

[ad_1]

Oleh Yasmin Ahmad Zukiman

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Cadangan kerajaan meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan supaya kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian 1963 (MA63) dikembalikan dilihat penting dalam memulihkan sentimen penduduk kedua-dua negeri itu yang beranggapan mereka dianaktirikan.

Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata pindaan itu akan mengembalikan kedua-dua negeri itu sebagai wilayah atau rakan sekutu dengan kuasa autonomi tertentu atas beberapa urusan termasuk pembangunan.

“Pada masa ini apa sahaja yang Sabah atau Sarawak dapat, negeri-negeri lain juga perlu dapat. Dengan kedudukan sebagai rakan sekutu, Sabah dan Sarawak boleh berunding terus dengan perdana menteri dalam apa jua isu strategik yang melibatkan kepentingan kedua-dua negeri itu.

“Sebarang perbincangan melibatkan Sabah dan Sarawak tidak perlu melibatkan negeri-negeri lain. Misalnya berkaitan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Kerajaan Negeri Sarawak boleh berunding terus dengan perdana penteri dan membuat keputusan. Apa-apa keputusan yang diambil perdana menteri akan meminta Petronas melaksanakannya tanpa halangan birokrasi yang panjang seperti sebelum ini,” katanya kepada Bernama.
…..

[ad_2]