[ad_1]
Peruntukan ini meningkat daripada RM14.8 juta yang ditawarkan tahun lepas, katanya semasa menjawab soalan lisan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) yang bertanyakan senarai jenis biasiswa dan jumlah peruntukan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi peringkat ijazah pertama untuk tahun 2018 dan 2019.
Dalam isu lain, Teo juga berkata tindakan kerajaan memberi dana kepada kolej swasta tidak harus dipertikai.
“Saya nak katakan di sini bukan sahaja di bawah kerajan PH yang memberi peruntukan kepada Institut Pengajian Tinggi Swasta. Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman sebelum ini memang tiap-tiap tahun menerima tajaan daripada Barisan Nasional tetapi masa itu Anggota Parlimen Jerantut dia tak bising.
“Selain itu, universiti islam yang berada di Cyberjaya kita juga memberi tajaan dan peruntukan RM15 juta. Jadi saya rasa janganlah kita mempertikaikan usaha kerajaan PH ataupun BN yang berhasrat membantu universiti kerana akhirnya pelajar dari universiti itu adalah kebanyakan anak Malaysia,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).
…..
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu