TUARAN: Orang ramai terutama di sekitar Kiulu berpeluang menderma darah dalam Kempen Derma Darah sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan pada 11 Ogos ini bertempat di Dewan Masyarakat Kiulu bermula dari jam 8 pagi hingga jam 1 petang.
Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah), Alix Sunggin berkata kempen dibuat bertujuan membantu Pihak Hospital kerajaan untuk mengumpul tabung darah serta mendidik masyarakat tentang kepentingan amalan menderma darah.
“Kita juga memberi peluang kepada orang ramai menderma darah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disamping akan menjadi penanda aras pada masa akan datang kerana kempen ini julung kali di adakan di kawasan daerah kecil Kiulu” katanya yang juga pengerusi penganjur bersama.
“Kempen ini juga adalah anjuran bersama Klinik Kesihatan Kiulu, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kiulu (PPKKK), Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah), Persatuan Talasemia Sabah, Pertubuhan Orang Asal Sabah (Orang Asal), Syarikat Artvision, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM Tuaran) dan dibantu oleh Tabung Darah Hospital Queel Elizabeth Dua dan Hospital Daerah Tuaran”
“Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua NGO, syarikat dan individu yang bekerjasama menjayakan kempen kali ini dalam pelbagai bentuk sumbangan seperti Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan Kiulu, Pejabat Ahli Parlimen Tuaran, Prihatin Tuaran, syarikat Green Buddy, Life Water Industries Sdn Bhd (K2), BSMM Tuaran, Nur Iman Enterprise, Mas Putih, BeritaSabah.com, Kiulu Hardware & Timber, Only Aves Sound, Persatuan Pelancongan Kiulu, Arta dan Rubnon Enterprise.
“Selain derma darah, saringan kesihatan secara percuma oleh KOSPEN juga turut dibuat dan taklimat ringkas tentang kepentingan menderma darah yang akan disampaikan oleh pagawai dari Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth Dua.
“Pihak penganjur juga teleh menyediakan 1 pek beras 5kg kepada 250 orang penderma darah terawal,” kata Alix.
Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dijangka akan merasmikan kempen tersebut.-http://beritasabah.com
More Stories
Projek Menaik Taraf Jalan Bulatan Berungis -Bulatan Mengkabong di peringkat akhir penyediaan rekabentuk: KKR
Bantuan Kewangan RM6.2 juta Kepada Sekolah Dan Badan Keagamaan Bukan Islam Bagi Zon Pedalaman Bawah
Sabah berdepan risiko gangguan elektrik menyeluruh mulai Januari 2025