TUARAN: Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau terus aktif dalam menyantuni masyarakat berbilang kaum di daerah ini.
Kelmarin, beliau menghadiri beberapa majlis penting sebagai tanda keprihatinan terhadap perpaduan dan keharmonian antara kaum di negeri ini.
Acara yang dihadiri termasuk majlis perkahwinan di Gereja St. Philip, Tamparuli, Dewan KKD Tenghilan, dan Dewan Kebudayaan Bajau Samah, Tuaran.

Kehadiran beliau dalam majlis-majlis itu bukan sahaja merayakan kekayaan budaya Sabah tetapi juga berfungsi untuk memperkukuhkan hubungan antara pelbagai komuniti.

Dalam pada itu, Madius juga meluangkan masa memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Michael @ Morosin Gangau di Kampung Ranau-Ranau, Kiulu

Presiden Kehormat UPKO itu turut mengunjungi keluarga arwah Sazali Suadin di Kampung Nongkolud, Tuaran sebagai tanda kebersamaan dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang berkabung tersebut.

Penduduk turut menyatakan penghargaan ke atas kehadiran beliau yang disifatkan sangat mesra dan dekat dengan masyarakat.
Ramai yang mengambil gambar kenangan bersama Madius serta bersalaman menyatakan rasa terima kasih atas keprihatinan beliau.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ