KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memperhalusi cadangan untuk menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG), namun ia tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.
Timbalan Menterinya, Siti Aminah Aching, berkata pada masa ini, kementerian akan melaksanakan paras harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) RM2.70 sekilogram seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.
“Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah pendapatan terjejas jika harga getah merosot, justeru perdana menteri dalam Belanjawan 2023 telah bersetuju menaikkan paras harga IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berhubung sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar IPG daripada RM2.50 ke RM4.50 ketika ini.
Mengakui bayaran IPG RM2.70 sekilogram belum boleh membantu pekebun kecil sepenuhnya, Siti Aminah berkata, kerajaan sentiasa memikirkan kaedah dan mekanisme bagi membantu pekebun kecil getah.
Beliau menjawab soalan tambahan Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang ingin tahu perancangan kerajaan bagi menjamin kebajikan pekebun kecil memandangkan harga RM2.70 itu masih belum mencukupi untuk membantu kos sara hidup golongan tersebut.
More Stories
FPL UMS kongsi ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada PPK Sandakan
UMS terima kunjungan penanda aras EKSA dari PHKK, UMPSA
MSN 2023 Peringkat Negeri Sabah diadakan pada 24 – 26 Ogos 2023 di UMS