PENAMPANG: Seorang wanita terselamat daripada maut selepas sempat keluar menyelamatkan diri dari keretanya yang terbakar ketika menghidupkan enjin dalam kejadian di Jalan Bundusan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 20-an dikatakan cuba menghidupkan kereta Proton Saga miliknya sebelum terhidu asap yang keluar daripada bahagian enjin.
Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Mohd Khairul Abd Kohir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 12.45 tengah hari.
Katanya, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari BBP Penampang.

“Setibanya di lokasi, api masih marak menbakar sebahagian besar kenderaan berkenaan dan operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan satu aliran air dari jentera bomba.
“Api kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.56 tengah hari sebelum tamat sepenuhnya selepas 14 minit operasi dijalankan,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Khairul berkata, kenderaan Proton Saga berkenaan musnah 100 peratus namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Katanya, siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam insiden berkenaan. –http://beritasabah.com
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK