SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta pacuan empat roda dalam kejadian di Batu 4, Jalan Utara, di sini, malam tadi.
Difahamkan, ketika kejadian jam 9.20 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Riduan Pindatun, 37, dalam perjalanan menuju ke arah bandar Sandakan sebelum motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton.
Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan meninggal di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata pemandu pacuan empat roda yang berusia 28 tahun tidak mengalami kecederaan dan sudah ditahan untuk siasatan lanjut.
“Pemandu turut diambil sampel darah bagi ujian kandungan alkohol.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya di sini, hari ini.
Mohd Azhar meminta kerjasama kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kejadian berkenaan agar tampil bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK