PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung penyiaran artikel “Rahsia mafia korporat Malaysia Victor Chin Boon Long” oleh sebuah portal yang didakwa memperalatkan penguatkuasa sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kes itu disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) malah polis turut mengesahkan menerima laporan sejak Mei tahun lalu berkaitan kes pecah amanah melibatkan sebuah syarikat.
Katanya, laporan itu mendakwa berlaku salah laku dan penyelewengan kewangan dalam pengurusan syarikat terbabit melibatkan kira-kira RM30.7 juta.
“Kes disiasat bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah jenayah oleh ejen.
“Susulan itu, satu laporan dibuat oleh polis sendiri pada 21 Sept 2022 bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan hilangnya keterangan mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu bagi menggelakkan pesalah daripada hukuman,” katanya dalam kenyataan.
Noorsiah berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bulan lalu untuk keputusan selanjutnya.
Terdahulu, sebuah portal menerbitkan artikel berhubung cubaan sekumpulan individu untuk merampas syarikat senarai awam.
Ia melaporkan, kemelut perebutan kuasa ahli lembaga syarikat itu menyebabkan kejatuhan harga saham dan melibatkan agensi penguatkuasaan, penyiasatan, penahanan dan pembekuan akaun ahli lembaga pengarah syarikat.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK