Oleh : Lea
KOTA KINABALU, 8 Feb – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Sabah mencatatkan jumlah sebanyak 1,600 kes baharu positif COVID-19 iaitu kenaikan sebanyak 315 kes semalam berbanding Ahad lepas (1,285).
Berdasarkan infografik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), daerah Kota Kinabalu kekal jumlah kes baharu tertinggi iaitu 371 kes, diikuti daerah Sandakan dengan 322 kes dan Tuaran 150 kes.
Sementara itu, sebanyak 429 premis telah diperiksa manakala 3 diarah tutup dalam Operasi Bersepadu Permantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sabah, semalam.
Dalam jumlah tersebut, 10 keping kompaun telah dikeluarkan di 3 daerah iaitu 6 keping di daerah Sandakan dan masing-masing 2 keping di daerah Kota Kinabalu dan Keningau.
Kesalahan yang dikompaun adalah atas sebab gagal menggunakan aplikasi MySejahtera atau mencatat nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis, gagal menyediakan ‘hand sanitizer’ dan tiada penjarakan fizikal.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ