Oleh : Lea
KOTA KINABALU, 8 Feb – Semua penerima dua dos lengkap vaksin jenis Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun keatas wajib menerima suntikan dos penggalak (booster) sebelum 1 Mac ini.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, individu dalam kumpulan tersebut perlu menerima suntikan booster selewat-lewatnya pada hujung bulan Febuari ini bagi mengekalkan status mereka sebagai individu lengkap vaksin.
“Kepada semua warga emas tidak kira jenis vaksin pertama dan kedua dan semua penerima dewasa sinovac berumur 18 tahun keatas mesti mendapatkan dos penggalak.
“Sekiranya tidak sijil digital itu akan tukar warna kepada putih maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman mengenai gelombang varian Omicron dalam satu sidang media khas yang diadakan secara langsung menerusi media sosial Facebooknya, semalam.
Sehubungan itu, golongan tersebut diberi kelonggaran untuk memilih jenis booster yang akan diambil bagaimanapun lebih disarankan untuk mengambil suntikan booster jenis Pfizer dan Astrazaneca.
“Sebab keberkesanan sinovac tidaklah setinggi pfizer dan walaupun berkesan it is still not as good or as effective as pfizer.
“But any booster is better than no booster,” ulasnya.
Selanjutnya, beliau menjelaskan bahawa sebanyak 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac belum menerima suntikan booster dan terdedah kepada gelombang Omicron.
More Stories
Kebakaran dapur di Kedai Lama Papar hasil tindakan pantas Bomba
Labuan dikenal pasti sebagai hab global industri tuna – Zaliha
JANS digesa peka aduan gangguan bekalan, masalah tekanan air rendah