KES COVID-19, SABAH KETIGA TERTINGGI

KOTA KINABALU: Sabah menjadi negeri ketiga tertinggi merekodkan kes positif Covid-19 selepas Selangor dan Kuala Lumpur, hari ini.

Ia berikutan sebanyak 21 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di negeri berkenaan setakat jam 5 petang tadi, menjadikan 103 kes kumulatif.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata daerah di Sabah mencatatkan rekod tertinggi kes 19 adalah Tawau iaitu 23 kes diikuti Lahad Datu (31 kes), Kota Kinabalu (13 kes), Kinabatangan (tujuh kes) dan Sandakan (enam kes).

“Selain itu, Sipitang, Beaufort serta Kunak masing-masing mencatatkan empat kes positif selain Kota Belud (tiga kes), Putatan (dua kes) dan Papar (satu kes).

“Bagaimanapun, belum ada kes kematian berpunca daripada Covid-19 dicatatkan di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini./BERITA SABAH