KOTA KINABALU: Majlis Keselamatan Negara (MKN), sekali lagi mengingatkan orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini hingga 31 Mac depan.
Dalam satu kenyataan hari ini, MKN memberitahu langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan
pelaksanaan perintah berkenaan.
“Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan, semalam, untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar.
“Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan tertentu dibenarkan beroperasi,” katanya kenyataan itu.
Perkhidmatan yang dimaksudkan termasuk kesihatan, farmasi, keselamatan, perkhidmatan utiliti (air, tenaga dan komunikasi), pengangkutan, perbankan/ kewangan dan peruncitan/ bekalan makanan.
Bagaimanapun, untuk kedai makan atau restoran, mereka masih dibenarkan beroperasi namun hanya untuk perkhidmatan bawah balik atau ‘take away’ dan tidak dibenarkan.
Sementara itu, premis tumpuan ramai seperti rumah ibadat, panggung wayang dan pusat-pusat hiburan haruslah ditutup sepanjang tempoh perintah berkenaan.
Berikut adalah kenyataan penuh MKN :








More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad