Kes ini hari naik balik dekat 20,000 kes. Sabah balik lagi atas 2,000 kes

Kementerian Kesihatan melaporkan 19,495 kes harian baharu Covid-19 dan 18,760 pesakit pulih.

Ini menjadikan keseluruhan 1,783,339 daripada 2,030,935 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 641 daripada 1,272 pesakit di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 4,709 kes.

Ia diikuti Selangor dengan 2,710 kes, Sabah (2,015), Johor (1,860), Pulau Pinang (1,757), Kelantan (1,434), Kedah (1,178), Perak (1,174), Terengganu (993), Pahang (766), Kuala Lumpur (363), Negeri Sembilan (222), Melaka (190), Perlis (108) dan Putrajaya (16).

Terengganu pula mencatatkan rekod tertinggi untuk jumlah kes harian Covid-19 hari ini berbanding 987 kes pada 2 Sept lalu.

Labuan tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Daripada jumlah kes baharu itu, Hisham berkata, 11 adalah kes import dan 19,484 kes penularan tempatan yang membabitkan 17,860 warganegara serta 1,624 warga asing.

Katanya, 308 daripada jumlah kes baharu itu adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 19,187 kes atau 98.4% adalah Kategori 1 dan 2.

Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.96 setakat semalam.

Sarawak mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.11, disusuli Terengganu (1.04), Johor (1.01), Pahang (1.01), Pulau Pinang (1.00), Kelantan (1.00), Perak (0.99), Sabah (0.92), Melaka (0.92), Kedah (0.91), Putrajaya (0.88), Negeri Sembilan (0.86), Perlis (0.86), Selangor (0.83) dan Kuala Lumpur (0.79).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *