KOTA KINABALU, 8 April — Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menegaskan kestabilan politik negara akan terjejas sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti tidak diluluskan.
Menurut Ahli Parlimen Tuaran itu, ia juga boleh mengundang kemarahan rakyat menyebabkan mereka hilang kepercayaan dan tidak turun mengundi pada Pilihan Raya akan datang.
“Pertama, wakil (sesebuah parti) yang menang belum tentu akan bertahan dalam parti asalnya oleh itu boleh menyebabkan politik dalam negara tidak stabil. Yang kedua pula, jika isu melompat parti ini berterusan, rakyat sendiri pun tidak akan turun mengundi kerana menyampah dengan undian yang sia-sia.
“Bukan itu sahaja, perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) turut akan terkesan,” jelas Madius.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam Bual Bicara Mengupas Rang Undang-Undang Akta Anti Lompat Parti bersama Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) secara langsung di Facebook Berita Sabah semalam.
Sementara itu, Madius turut menyeru parti-parti politik bekerjasama mengkaji draf dengan teliti dan memberi pandangan masing-masing sehingga terbentuknya RUU tersebut.
“Ini adalah satu perkara yang sangat penting bagi negara kita kerana dengan wujudnya media sosial dan sebagainya hari ini, tidak mungkin ada satu parti politik yang boleh menubuhkan sebuah kerajaan secara bersendirian. Sememangnya memerlukan sumbangan ataupun kerjasama daripada parti-parti yang lain,” katanya.
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam