KOTA KINABALU, 5 Mac — Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan hari ini memberi jaminan bahawa kesemua Ahli Parlimennya akan memberi sokongan penuh meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti).
Menurut Majlis Presiden PH, persetujuan ini dicapai melalui pertemuan yang diadakan pagi ini bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang turut menunjukkan komitmen berhubung status pembentangan RUU tersebut.
“Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.
“Ketua Pembangkang juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing. Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat,” jelasnya dalam sebuah kenyataan yang disiarkan hari ini.
Kenyataan tersebut telah dikemukakan bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dato Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Hj Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke, dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datu Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam