‘LAND BELOW THE WIND’ LUAHAN SIRKENT

KOTA KINABALU: Selepas selama ini lebih aktif secara ‘underground’, Ray G Duin atau lebih dikenali sabagai SirKent kini mengembangkan lagi sayapnya dalam bidang muzik apabila bakal mengeluarkan single pertama yang bertajuk ‘Land Below The Wind’.

Ketika dihubungi, SirKent berkata beliau mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan kerana cintanya yang sangat mendalam kepada negeri Sabah.

“Saya ingin meluahkan perasaan cinta itu menerusi lagu dan single ini juga berirama reggae yang mana lebih santai seakan-akan seperti berada di tepi pantai.

“Lagu ini dihasilkan dengan sedikit pengaruh dari irama lagu kumpulan Big Mountain serta Gerhana Ska Cinta dan ianya juga diselitkan sedikit dengan elemen bunyi tradisional Sabah.

“Saya harap lagu ini dapat menyelinap masuk ke dalam hati setiap rakyat di negeri yang tercinta ini, kalau bukan kita menjaga negeri kita, siapa lagi kan?,” katanya dengan penuh bersemangat.

SirKent berkata, singel terbaharu itu kini dalam proses ‘mastering’ dan dijangka akan keluar esok seterusnya beliau akan menghantarnya kepada stesen-stesen radio tempatan.

“Lagu ‘Land Below The Wind’ sebenarnya sudah lama dicipta namun hanya berpeluang untuk merakamnya di studio, baru-baru ini.

“Lagu ini juga sebenarnya adalah lagu yang dicipta untuk dimainkan oleh kumpulan ‘underground’ yang saya sertai iaitu ASAROCK namun oleh kerana komitmen yang sangat padat ahli-ahli lain, ada baiknya lagu ini dirakam secara individu,” katanya sambil menambah ASAROCK turut dianggotai Lius, Bob, Munir dan Moli.

Berkenaan proses rakaman pula, SirKent berkata ia dilakukan sepenuhnya oleh Ezbon Godomon di Smart Music Production manakala lirik, melodi serta susun atur lagu dibuat beliau sendiri.

Sementara itu, ketika menceritakan latar belakangnya dalam dunia muzik di Sabah, SirKent yang berasal daripada Keningau itu sebenarnya bukan asing lagi dalam ‘scene underground’ di negeri ini.

Beliau adalah salah satu watak penting dalam penganjuran ‘Showcase’ atau ‘Gig bawah tanah’.

Antaranya ialah program ANTAK GITAR yang bukan asing lagi di Sabah selain penganjur lain seperti Bro Langau (Onlinefm), Boy Sunny (birubiru), Murray (RocktheVillage), dan Shaneil (OpenMicMalaysia) serta rakan-rakan beliau yang lain.

Selain itu, SirKent juga pemuzik separuh masa dengan The Escape Band dan dia sebenarnya sudah mula bermain muzik di majlis-majlis perkahwinan ketika berusia seawal 10 tahun lagi.

SirKent juga adalah pemilik kepada Kasih Bunyi Entertainment yang memberi perkhidmatan ‘sound system’ serta pengacaraan Majlis.

“Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ‘sound system’ atau pengacaraan bolehlah mencari saya dengan menghubungi nombor 01136309725” katanya lagi.