[ad_1]
Dalam satu kenyataan hari ini ia berkata, Dr Mahathir akan mengetuai delegasi ke Forum Jalur dan Laluan bagi Kerajasama Antarabangsa Kedua (2ndBRF) di Beijing.
Perdana Menteri akan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan beberapa menteri termasuk Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking.
Pada forum itu, Dr Mahathir dijemput untuk berkongsi pandangan pada Mesyuarat Peringkat Tinggi dan Meja Bulat Pemimpin bertemakan “Memperkasa Sinergi Dasar dan Membina Perkongsian Lebih Erat“
Wisma Putra berkata kehadiran Dr Mahathir ke 2ndBRF adalah penting memandangkan Malaysia berterusan menyokong inisiatif Jalur dan Laluan, terutama dalam isu-isu pembangunan utama seperti sinergi dasar, pembangunan infrastrutur, kerjasama kewangan dan kesalinghubungan rakyat.
Bertemakan “Kerjasama Jalur dan Laluan: Membentuk Masa Depan Bersama yang Lebih Cerah“ , seramai 37 pemimpin dunia termasuk Dr Mahathir telah mengesahkan kehadiran mereka pada 2ndBRF.
Wisma Putra berkata Dr Mahathir juga akan bertemu dengan Presiden Chinas Xi Jinping dan rakan sejawatan beliau Perdana Menteri Li Keqiang, di mana kedua-dua mereka dijangka akan membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama dalam mesyuarat-mesyuarat yang akan dihadiri mereka.
Perdana Menteri Li dan Dr Mahathir juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tentang kerjasama dalam minyak sawit.
Selain daripada menghadiri acara-cara rasmi, Wisma Putra berkata Dr Mahathir juga akan melawat beberapa syarikat berteknologi tinggi di Beijing, iaitu Huawei Technologies dan SenseTime Private Ltd.
Dr Mahathir juga diadual akan bertemu para pelabur utama, penganalisis pasaran modal antarabangsa selain masyarakat perniagaan terkemuka yang berpangkalan di Beijing.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar