[ad_1]
Pemilik rumah Abd Rahim Sanusi, 85, yang tinggal bersama dua anak serta dua cucu, berkata ketika kejadian, dia sedang tidur dan terjaga bila terdengar bunyi berdentum.
“Saya baru lepas bedah jantung, terperanjat. Bila terperanjat, saya urut dada saya, baru lega sikit. Bila keluar dari bilik, nampak banyak siling di rumah saya jatuh,” kata warga emas itu kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.
Selain daripada beberapa siling yang jatuh, kelihatan beberapa kesan retakan di rumahnya.
Seorang lagi penduduk kampung, Abdul Halim Mahmood, 52, berkata kira-kira 1.30 pagi, dia mahu berehat sebelum terdengar satu bunyi yang kuat seperti bom meletup.
“Saya dengar bunyi kaca pecah, jadi saya meninjau di luar dan dapati pintu sliding door saya pecah selepas bunyi yang kuat itu,” katanya, yang turut mendapati beberapa retakan pada dinding rumahnya.
Sementara itu, Ketua Kampung Zainal Abidin Abd Rahim berkata ketika kejadian, dia berada di luar kampung dan merasa sendiri gegaran letupan berkenaan, sebelum mendapat panggilan daripada orang kampung sendiri untuk memaklumkan mengenai perkara itu.
“Tidak lama lepas kejadian, saya menghubungi wakil Petronas untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Pihak Petronas minta saya buat bancian setiap rumah untuk mengenal pasti jenis-jenis kerosakan serta minta penduduk terjejas untuk buat laporan polis,” kata beliau.
Zainal Abidin juga meminta penduduk kampung itu supaya jangan bimbang dan memaklumkan kepadanya mengenai kerosakan di rumah mereka.
Sehingga pukul 10 pagi tadi, difahamkan lebih 10 laporan polis telah dibuat.
Kampung Lepau, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kompleks Bersepadu Pengerang, mempunyai 67 buah rumah dan lebih 100 penduduk.
Petronas dalam satu kenyataan di sini berkata kejadian kebakaran dan letupan yang berlaku pada pukul 1.25 pagi itu, berjaya dikawal setengah jam kemudian.
Kejadian itu turut mencederakan dua lelaki tempatan yang merupakan pengawal keselamatan di tapak projek berkenaan.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar