[ad_1]
Human Voyage Sdn Bhd, selaku penganjur perlumbaan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan mengawal pergerakan perlumbaan yang bermula di Dataran Lang dan berakhir di Kuah.
Menurut kenyataan itu, penutupan jalan-jalan berkenaan secara berperingkat akan bermula pukul 1.30 tengah hari dan akan dilaksanakan oleh Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia untuk semua jenis kenderaan.
“Orang ramai serta peminat sukan berbasikal yang bercadang untuk menyaksikan aksi perlumbaan atau menyertai aktiviti sampingan dinasihatkan untuk membuat perancangan awal dan menggunakan laluan alternatif atau pengangkutan awam serta mematuhi arahan polis trafik dan tanda-tanda lalu lintas untuk keselamatan serta aliran lalu lintas yang lancar,” kata kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web LTdL 2019 di www.ltdlangkawi.my atau Facebook, Twitter dan Instagram @ltdlangkawi.
Berikut ialah butiran penutupan jalan di Langkawi:
1.30 tengah hari-2.17 petang: Dataran Helang-Persiaran Putera-Jalan Ayer Hangat
1.37 tengah hari-2.24 petang: Idaman Suri-MRSM Langkawi-Sungai Sireh-Sungai Kisap
1.50 tengah hari-2.37 petang: Galeria Perdana-SK Kilim-SK Penghulu Ahmad
2.00-2.50 petang: Sungai Tok Peteri-Sungai Padang Gaong
2.12-2.58 petang: Maktab Mahmud Langkawi-TNB Pole: LBSB 18-Nyiur Chabang Kedai Runcit Rohana Binti Chik
2.24-3.15 petang: X-Pax Celcom-Pusat Latihan Polis (Pulapol)-Sungai Cenang
2.47-3.40 petang: Markas Wilayah Laut 3 TLDM-Bousted Langkawi Shipyard-Dermaga Tanjung Lembong-SK Bayas
3.04-3.49 petang: Ulu Melaka TNB Pole: TWC 23-PETRONAS Simpang Kenyum-Maktab Mahmud Langkawi-Sungai Ulu Melaka-Sungai Padang Gaong
3.12-3.59 petang: Taman Agroteknologi Mardi-Sign: Kem Bina Negara-SMK Kelibang-Proton
3.21-4.38 petang: SK Kelibang-TNB Pole: PPK-SHA 32-Lebuhraya Langkawi-Jalan Padang Gaong-ADYA Hotel-TNB Pole: PPK-SHA 32.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar