Lebih 3,000 orang sertai Larian Pisompuruan

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (memakai topi putih) bersalaman dengan sebahagian daripada para peserta larian. Gambar Ehsan Penganjur Larian Pisompuruan

PENAMPANG: Larian Pisompuruan (perpaduan) edisi ke-3 anjuran Upko sempena Hari Malaysia 2018 berjalan dengan lancar kelmarin.

Lebih 3,000 orang menyertai larian yang dilepaskan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada jam 4 petang.

Tangau yang juga pemangku presiden Upko serta pemimpin parti lain turut serta dalam larian tersebut.

Menurut beliau, penganjuran larian Pisompuruan adalah sebagai salah satu cara bagi Upko untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.