BELURAN: Kelicikan seorang lelaki membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi ‘laluan tikus’ di Jalan Monsok, dekat sini berakhir apabila turut ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA), tadi pagi.
Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan merupakan pemastautin tetap ditahan bersama enam warga Filipina berusia antara 18 hingga 34 tahun dalam kejadian jam 9.50 pagi.
Mereka ditahan sepasukan anggota PGA Batalion 20 Beluran diketuai Sarjan Mazalan Selamat yang melakukan pemantauan Ops Covid Sheild 19 di kawasan terbabit.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 20 Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata dalam kejadian itu, kereta pacuan empat roda yang dipandu lelaki menjadi pembawa PATI itu ditahan, sebelum pemeriksaan menemui semua penumpang tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Semua mereka kemudian ditahan dan pemandu kenderaan yang diperiksa juga didapati tidak mempunyai lesen memandu.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk siasatan lanjut,” katanya./http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK