TAWAU: Dua lelaki ditahan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pemburuan haram di kawasan Hutan Simpan Ulu Kalumpang, dekat sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, seorang lagi dipercayai berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan sepasukan Unit Penguatkuasaan Perhutanan dan kakitangan Perhutanan Daerah Kunak melakukan rondaan.
Turut ditemui daripada dua suspek adalah senjata ‘bakakuk’, peluru hidup, parang dan pisau yang dipercayai digunakan untuk memburu di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata sebelum kejadian, pasukan terbabit membuat rondaan susulan maklumat awam berhubung kegiatan memburu sebelum terserempak dengan dua motosikal dinaiki dua lelaki berkenaan.
Ketika ditahan untuk pemeriksaan, katanya, seorang daripada suspek berjaya melarikan diri.
“Ketika dalam perjalanan membawa suspek pertama, pasukan terbabit terserempak dengan seorang lagi lelaki yang turut menunggang motosikal dan dalam keadaan mencurigakan di kawasan yang sama,” katanya.
Peter berkata, pemeriksaan lanjut ke atas suspek terbabit turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memburu.
Katanya, suspek turut mengaku terbabit dalam pemburuan haram.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK