KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera selepas van dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Tuaran, berhampiran Likas Park, di sini, malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.57 malam.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak enam kilometer dari balai bomba.
“Sebaik tiba di lokasi, terdapat pokok tumbang menghempap sebuah van jenis Toyota Hiace dan seorang lelaki cedera dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.
“Mangsa berusia 31 tahun dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba kemudian bertindak memotong pokok menggunakan peralatan khas seterusnya dialihkan ke tempat yang selamat.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan 8.35 malam,” katanya. – Info X
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi