PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana menumbuk muka bekas isterinya dalam kejadian di Bombalai, Tawau, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, suspek 37 tahun dan mangsa 42 tahun bertengkar akibat perselisihan faham.
Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, berkata sepasukan polis bergegas ke lokasi selepas menerima laporan orang awam.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek menumbuk bekas isterinya dan memukul dagunya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka.
“Pertengkaran berpanjangan punca suspek dan mangsa dalam keadaan di luar kawalan,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK