Kejadian berlaku dalam bas semasa dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan
Oleh Faizal Rahman
BELURAN: Polis menahan seorang lelaki warga emas Kanada yang dipercayai mencabul seorang wanita warga Australia berusia 21 tahun didalam bas express semasa dalam perjalanan di Telupid, pada hari Rabu lepas.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 1.47 pagi, ketika mangsa duduk bersebelahan dengan saspek yang berumur 69 tahun dalam bas tersebut semasa dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.
Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Kasim Muda berkata, mangsa menyedari perbuatan itu apabila saspek memasukkan tangan kedalam pakaiannya.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang duduk bersebelahan tempat duduk dengan saspek di dalam bas. Mangsa menyedari saspek telah meraba pada bahagian pahanya dan telah menyentuh seluar dalamnya.” kata Kasim.
Mangsa kemudiannya bertindak dengan memarahi saspek atas perbuatan yang telah dilakukan dan telah berlaku kekecohan sebelum pemandu bas menukarkan tempat duduk saspek, katanya di sini.
“Saspek telah diserahkan kepada pihak polis sebaik tiba di Sandakan,” ujarnya.
Kasim berkata, saspek telah di tuduh di mahkamah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan ditawarkan denda sebanyak RM10,000 namun mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan pada 5 Nov ini.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK