PAPAR: Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam sungai ketika cuba membaiki kabel yang terputus berhampiran sungai Kampung Mondikot, di sini, ditemui lemas petang semalam.
Mangsa Awangku Salam, 38, ditemui pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dan orang awam ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jam 6.20 petang, kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir mangsa terjatuh.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan mangsa yang dikhuatiri lemas di sungai berkenaan jam 2.44 petang.
Katanya, menurut saksi, mangsa cuba membaiki kabel yang terputus berhampiran sungai itu namun mangsa terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

“Pasukan bomba diketuai oleh Ketua BBP Papar Roslie Jun bersama enam anggota digerakan ke tempat kejadian dengan jarak sejauh 25 kilometer dari BBP Papar.
“Pasukan penyelamat kemudian menjalankan operasi SAR di sepanjang laluan sungai bersama agensi penyelamat yang lain serta orang awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pada jam 6.20 petang, mangsa ditemui oleh orang awam bersama dengan pasukan penyelamat kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir mangsa terjatuh.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan dan disahkan meninggal dunia.
“Operasi menyelamat tamat jam 9.20 malam tadi,” katanya.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK