PAPAR: Gelagat mencurigakan seorang lelaki membongkar kegiatan penagihan dadahnya apabila dia ditahan bersama syabu di Kinarut, semalam.
Dalam operasi jam 2 petang itu, lelaki warga tempatan itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.
Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki terbabit didapati positif dadah selain turut memiliki syabu.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Katanya, suspek berusia 30-an ditahan dan direman di IPD Papar untuk membantu siasatan lanjut.
“Hasil saringan awal suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphethamine.
“Suspek turut disiasat kerana memiliki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.02 gram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Batholomew berkata, kejayaan tangkapan itu adalah usaha IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah disamping memastikan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi penduduk setempat.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini diminta memaklumkan kepada pihak polis,” katanya.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK