BELURAN: Seorang lelaki putus kaki selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda berhampiran Ladang Ikatan Kayangan, di Jalan Sapi Nangoh-Sandakan, dekat sini, kelmarin.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila kereta jenis Ford Ranger dipercayai pecah tayar sebelum hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata kereta terbabit kemudian merempuh motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang mangsa.
Katanya, akibat kejadian itu, penunggang motosikal yang digilis putus kaki sebelah kanan.
“Siasatan awal mendapati tempat kejadian merupakan laluan selekoh serta lorong dua hala.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
**Gambar media sosial**

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK