KOTA KINABALU: Seramai 32 individu diberkas dalam operasi khas ‘Ops Sarang’ yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sekitar bandar raya ini, baru-baru ini.
Kesemua suspek yang ditahan dalam operasi yang bermula dari 28 Disember hingga 3 Januari itu berusia antara 20 hingga 53 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji dalam satu kenyataan, hari ini, berkata, 24 yang ditahan adalah warga tempatan manakala lapan lagi warga asing.
“Seramai 21 individu disiasat mengikut Seksyen 13 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 10 lagi disiasat mengikut Seksyen 12(2) akta sama dan seorang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) akta sama.
“Selain itu kita juga merampas sebanyak 7.71 gram dadah jenis syabu bernilai RM1,156 sepanjang tempoh minggu kajian berkenaan dijalankan,” katanya.

Habibi berkata, usaha membanteras masalah berkaitan dadah di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran akan terus diperhebatkan pada tahun ini.
katanya lagi, langkah itu adalah bagi memastikan ketenteraman awam terjaga serta mengelak jenayah membabitkan pengedaran serta penagihan dadah ini terus berlarutan.
Sehubungan itu, beliau turut meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat agar dapat membantu pihak polis membanteras kegiatan berkaitan dadah.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK