LELAKI TUMBUK DOKTOR DICEKUP

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang seorang doktor di Klinik Kesihatan Merotai, Jalan Merotai, di sini, tengah hari tadi.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis selepas didakwa menumbuk dan mengugut mangsa berusia 31 tahun dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Kejadian dipercayai berpunca apabila suspek mendesak doktor terbabit untuk memberi rawatan segera kepada adik suspek sebelum berlaku perselisihan faham.

Adik mangsa sebelum itu dikatakan terbabit dalam kemalangan dan dihantar ke klinik itu.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata suspek ditahan pada jam 4 petang tadi dan direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Peter menafikan notis arahan Ketua Polis Negara berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang tular di media sosial dengan cop Balai Polis dan Ketua Balai Polis Wallace Bay menyebut larangan keluar pada waktu malam.

Beliau berkata, pihaknya sudah meneliti kandungan surat itu dan mendapati ia tidak benar serta sudah mengenal pasti pihak yang dipercayai mengeluarkan arahan./BERITA SABAH