[ad_1]
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melantik semula Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIA Bhd Anusha Thavarajah sebagai Presiden LIAM bagi 2019-2020, tempoh kedua berturut-turut.
Dalam kenyataan hari ini, LIAM berkata CEO Gibraltar BSN Life Bhd Rangam Bir juga dilantik semula sebagai Naib Presiden LIAM pada mesyuarat agung tahunan ke-45 persatuan itu baru-baru ini.
LIAM dianggotai 16 ahli, termasuk 14 syarikat insurans hayat dan dua penginsurans semua hayat.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu