Ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dirampas oleh polis dari seorang buruh ladang pada Rabu
Oleh Faizal Rahman
KUNAK : Seorang buruh ladang ditangkap polis kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 5.2 gram dianggarkan bernilai RM 780 di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Lormalong pada hari Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Supt Baharin Md Tahir, saspek yang berumur 37 tahun ditahan lebih kurang jam 11.30 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kunak.
Pasukan polis telah merampas satu paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dalam beg silang yang dibawa saspek setelah melakukan pemeriksaan terhadapnya, kata Baharin.
Beliau memberitahu bahawa saspek dan barang rampasan telah dibawa ke IbuPejabat Daerah Polis Kunak untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK