Lima LRA ditutup akibat pencemaran ammonia kembali beroperasi secara berperingkat

[ad_1]

JOHOR BAHRU, 6 April (Bernama) – Lima Loji Rawatan Air (LRA) yang ditutup pada 3 April lepas berikutan pencemaran ammonia di Sungai Sayong dan Sungai Johor, telah kembali beroperasi sepenuhnya secara berperingkat bermula 4 April hingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata biarpun beroperasi semula sepenuhnya, tempoh pemulihan untuk membekalkan seratus peratus air terawat kepada penduduk terjejas akan mengambil masa.

Beliau berkata contohnya, LRA Tai Hong yang dikendalikan oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) mula beroperasi pada pukul 11 malam tadi (5 April), namun, hanya dapat membekalkan air kepada penduduk Johor bermula 6 pagi ini secara berperingkat.
…..

[ad_2]