KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapat kelulusan untuk melaksanakan projek ‘fast track’ pemasangan loji janakuasa gas bagi meningkatkan rizab kapasiti penjanaan tenaga ke sistem Grid Sabah.
Kelulusan itu berdasarkan Surat Makluman (LoN) yang diterima SESB daripada Energy Commission of Sabah (ECoS) bagi kerja-kerja pembekalan dan pemasangan penjana turbin gas berkapasiti 94 Megawatt (MW) yang bermula pada bulan ini dan dijangka siap untuk dimula tugas pada Jun 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar, berkata projek loji janakuasa berasaskan gas itu adalah antara inisiatif jangka masa pendek yang perlu dilaksanakan berdasarkan Pelan Pembangunan Penjanaan yang diluluskan Majlis Tenaga Sabah (MTS).
Beliau berkata, lokasi projek itu ialah di Kimanis dan loji janakuasa gas baharu itu akan disambungkan ke sistem Grid Sabah melalui ‘injection point’ di Pencawang Masuk Utama (PMU) Langsat, Kimanis.
“Keperluan untuk melaksanakan projek Fast Track ini amat kritikal bagi memastikan kapasiti penjanaan yang mencukupi dan menjamin kestabilan sistem Grid Sabah,” katanya dalam satu
kenyataan. – Info X
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis