TUARAN: Suatu upacara adat Monogit telah diadakan di Kampung Labuaya, Tuaran melibatkan pengamal adat serta masyarakat setempat di sini, hari ini.
Upacara yang sinonim dengan masyarakat kaum Dusun tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Menurutnya, aktiviti itu dilaksanakan sebagai menjaga kesucian kawasan perkuburan.
“Upacara yang dikendalikan oleh bobolian ini bukan sahaja menghormati tradisi, tetapi juga bertujuan untuk mengelakkan gangguan kepada kawasan perkuburan, terutamanya kerana ada aktiviti penimbusan tanah di kawasan perkuburan.
“Komuniti kampung telah mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan upacara ini demi menjaga kesucian kawasan tersebut dan bagi memastikan bahawa adat dan budaya kami terus dipelihara dan dihormati,” tambahnya.
Madius turut menyuarakan harapan agar penglibatan semua pihak dalam penganjuran upacara itu memberi kefahaman kepada generasi muda sekali gus dapat diwarisi dan tidak hilang ditelan zaman.

More Stories
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN
Program Living Lab UMS Tingkatkan Keupayaan Komuniti Tempasuk
UMS perkasa reformasi governan melalui kualiti dan inovasi