MAGANDAI CHALLENGE 2020 TAWAR HADIAH KESELURUHAN BERNILAI RM100K.

Francis (tengah) bersama Pegawai pelepas bersedia bersama 120 pelumba MTB

Oleh Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Magandai Challenge 2020 menjadi salah satu daya tarikan pelancong di daerah Kota Marudu dan acara ini bakal dimasukkan dalam calendar Tahun Melawat Malaysia 2020.

Demikian diumumkan oleh Tuan Francis Au, ketika merasmikan Fiesta Hobby Kota Marudu 2019.

Poster Mempromosi Magandai Challenge 2020

Magandai Challenge 2020 melibatkan pelbagai disiplin seperti berbasikal, berlari, berenang, rampanau dan melastik meliputi jarak sejauh 120 kilometer.

Perlumbaan sehari ini akan bermula dari Pekan Kota Marudu menuju ke Kampung Samparita, Sonsogon Suyad ke Sungai Magandai dan berpatah balik menggunakan laluan yang sama yang akan berakhir di Dewan Komuniti, Kota Marudu.

Pertandingan ini melibatkan dua kategori iaitu Extreme dan Adventure.

“Kita sudah menerima respon yang cukup positif mengenai perlumbaan ini yang mana ramai atlit antarabangsa telah menyatakan niat untuk turut serta.

Selain daripada peminat sukan lasak dalam negeri, kita juga menerima penyertaan daripada atlit antarabangsa seperti dari Pilipina, Singapura, Thailand, Brunei dan beberapa lagi,” jelasnya lagi.

Francis yang juga Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri  Datuk Seri Shafie Hj.Apdal, seterusnya mengumumkan tarikh perlumbaan tersebut adalah pada 28 Februari 2020.

“Saya difahamkan bahawa hadiah keseluruhan yang ditawarkan bagi Magandai Challenge 2020 bernilai RM100,000,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau juga turut mengalu-alukan penyertaan pihak korporat untuk turut sama menyumbang dalam menjayakan acara ini.

“Acara tersebut akan membawa daerah Kota Marudu di mata dunia sebagai  daerah pelancongan memandangkan  kawasan Magandai dan Kota Marudu merupakan salah satu jalan paling mencabar di Sabah dan Malaysia amnya khususnya kepada pencinta pacuhan empat roda serta aktiviti kembara lasak,” katanya.

Dalam pada itu, Fiesta Hobby yang berlangsung selama dua hari sejak kelmarin melibatkan 5 permainan iaitu MTB Jamboree, Beyblade Burst Challenge, RC 4×4, ATV Challenge.

Acara MTB Jamboree  yang dilepaskan tepat jam 7.00 pagi  olah  Francis yang bermula dihadapan dewan komuniti Kota Marudu dan berakhir di tempat yang sama. Seramai 120 peserta mengambil bahagian bagi perlumbaan sejauh 30 kilometer ini yang dating dari pelbagai Beaufort, Telupid, Ranau,  Kudat,  Kota Kinabalu dan ada juga peserta yang dating dari Brunei.

Joshua Mairon 18, peserta dari pasukan KM TcE , Kota Marudu menjuarai kategori lelaki junior, Lee Jun 16, tempat kedua dan Aaron Tang dari KK di tempat ketiga.

Bagi kategori lelaki veteran, Yamin Ali, 50, (gambar, tengah) dari Kota Kinabalu menjuarai kategori ini manakal tempat kedua dimenangi oleh Wilborn Gondolos dari Tamparuli dan tempat ketika Jalanis Yusup dari Ranau.

Bagi kategori lelaki terbuka, adik-beradik Mohd. Faizikry Juma dan Mohd. Fikri Juma dari Beaufort masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua sementara tempat dimenangi oleh Aaron Chee dari Sandakan.

Sementara itu Ignatius Ranggang, Khairuanuar Rosli dan Yesky Auther Jr. masing-masing menduduki tempta pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Lelaki Master.

Sebahagian peserta ‘Super Mom’

Antara penaja acara ini termasuk 20 hadiah cabutan tiket bertuah selain kerajaan negeri ialah Persatuan Berbasikal Kota Marudu, Pathfinder Klab,  Red Bull,  casero Events,  Ok Printing,  100 plus, SSBS Communication, Gemilang, MDKM, PDRM dan  selaras RS riosport.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *