MADIUS: SELAMAT BERPUASA, DOA UNTUK MALAYSIA

KOTA KINABALU: Walaupun sibuk dengan tugasan harian terutama dengan pergolakan politik negara ketika ini, Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau sempat meluangkan masa ke Kathedral St John di Kuala Lumpur untuk ibadah perayaan Hari Rabu Abu.

Dalam hantaran beliau di Facebook semalam, Madius turut berdoa agar negara ini terus makmur, aman dan progresif selain mendoakan semoga apa dilalui negara ketika ini beroleh penyelesaian terbaik secepatnya mungkin.

“Sejak sekian lama, hari ini pastinya gereja jua chapel akan dibanjiri umat untuk ibadah permulaan #Prapaska (atau musim puasa sebelum kita merayakan Paska pada 12 April).

“Syukur kerana saya sempat juga ke ibadah itu di Kathedral St John di Kuala Lumpur. Berada di sini kerana telah menghadap Yang Di Pertuan Agong, petang tadi.

“Dalam ibadah tadi, saya juga bisik doa agar negara kita akan terus makmur, aman dan progresif. Semoga apa yang kita lalui kini beroleh penyelesaian terbaik secepatnya mungkin,” katanya.

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam hantarannya itu turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Katolik.

“Shalom, selamat berpuasa kepada semua umat Kristian terutama Katolik yang mengamalkan puasa bermula hari ini (semalam), Hari Rabu Abu.

“Sepanjang Prapaska ini, kita diseru untuk berpuasa yakni hanya makan penuh sekali sehari dan pantang, iaitu tidak makan daging terutama pada setiap Jumaat sehingga Jumaat Agung.

“Kita juga didorong utk beramal seperti memberikan bantuan dan sumbangan kewangan kepada yg memerlukan serta mengikuti pelbagai ibadat yg tersedia seperti Jalan Salib setiap Jumaat,” kata Madius lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *