MADIUS TAJA OMBAK KE NEPAL

TUARAN: Timbalan ketua menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, baru-baru ini, telah menyempurnakan ‘Flag off Road to Nepal 2020’ kepada wakil Malaysia, iaitu Orkestra Bambu Kinabalu (OMBAK) yang akan menyertai Festival Antarabangsa Folk Nepal 2020 kali ke-10 pada 28 Februari hingga 8 Mac depan.

Majlis berkenaan berlangsung di Pusat Ekonomi Sosial Anak Tuaran (PESAT), di sini, dengan dihadiri para peserta OMBAK Malaysia yang diketuai naib presiden mereka, CR Stanley Missun yang juga pengarah program Festival Antarabangsa Folk Nepal 2020 kali ke-10.

Pada majlis itu, Madius yang juga ahli parlimen Tuaran turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran.

OMBAK disertai seramai 36 orang yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah St James, SMK Sungai Damit, Kolej Kiara, Pegawai Pelajaran PPD Tuaran, guru-guru sekolah menengah, kakitangan kerajaan, pesara dan yang bekerja sendiri.

Mereka akan mewakili Malaysia untuk mempersembahkan tarian kreatif etnik Sabah di festival yang bakal berlangsung di Kathmandu, Nepal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *