Mahkamah suruh kasi bebas Addy Kana sama 2 orang polis

Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ dan dua pegawai polis yang telah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) berkait perjudian dalam talian.

Ahli perniagaan Zaidi Kanapiah, juga dikenali sebagai Addy Kana, dan pegawai polis Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad serta Mohd Hairy Mohammad ditahan pada 11 Okt 2020, di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mereka menegaskan penahanan mereka dilakukan dengan niat jahat.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan bahawa polis dan kerajaan “gagal membuktikan dari segi undang-undang justifikasi berhubung kesahihan penahanan perayu”.

Ahli perniagaan Zaidi Kanapiah, juga dikenali sebagai Addy Kana, menegaskan penahanannya dilakukan dengan niat jahat.

“Perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan permohonan perayu untuk mendapatkan perintah habeas corpus dibenarkan.

“Dengan ini diarahkan agar setiap perayu dibebaskan dari tahanan dengan segera,” katanya.

Hakim lain yang turut bersidang adalah Vernon Ong, Zaleha Yusof, Hasnah Mohammed Hashim dan Rhodzariah Bujang.

Ketiga-tiga lelaki itu, bersama seorang ahli perniagaan lain, Goh Leong Yeong (Alvin), kini di bawah tahanan dua tahun di penjara berlainan di Johor, Kedah dan Pahang mengikut Poca.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menolak rayuan trio itu untuk mendapatkan kebebasan melalui permohonan habeas corpus.

Ketiga-tiga lelaki itu diwakili barisan peguam diketuai Gopal Sri Ram sementara Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti mewakili kerajaan.

Sementara itu, peguam Jacky Loi yang juga dalam barisan pembelaan memberitahu FMT bahawa rayuan habeas corpus Goh akan didengar pada 1 Julai tetapi pasukan peguam itu sedang berusaha mempercepatkan perbicaraan.

“Kami sedang mendapatkan perintah bermeterai mahkamah untuk melaksanakan pembebasan,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *