[ad_1]
TEHRAN, 1 Mei (Bernama) – Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Tehran, Iran selama enam hari yang bermula 26 April hingga 1 Mei 2019.
Dalam lawatan itu, Mohamad telah mengadakan Mesyuarat Dua Hala dengan rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Republik Islam Iran, Brigadier General Amir Hatami, menurut kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar kepada Bernama hari ini.
Mesyuarat itu diadakan antara lain bertujuan untuk memperhalusi bentuk kerjasama yang berpotensi dilaksanakan khususnya berkaitan keselamatan dan pertahanan kedua-dua negara.
Mesyuarat ini turut dihadiri delegasi Malaysia terdiri daripada Duta Besar Malaysia ke Iran, Datuk Rustam Yahaya serta beberapa pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.
– BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar