Selepas marah disebabkan tidak dibenarkan ke Kota Kinabalu, seorang lelaki bertindak mengambil pisau sebelum tertikam pipi abangnya di Kampung Lubak, di sini.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam selepas suspek mengamuk selepas dinasihati oleh ibunya.
“Hasil siasatan mendapati ibu mangsa tidak membenarkan suspek berumur 32 tahun itu ke ibu negeri untuk mengambil barang kerana menggunakan motorsikal orang lain selain tidak mempunyai lesen.
“Suspek yang marah dengan teguran itu meninggikan suara memarahi ibunya sebelum kakak mangsa menegur suspek meninggikan suara kepada ibu mereka,” katanya.
Beliau berkata suspek bertambah marah menyebabkan suspek bertindak mengambil pisau di dapur rumah.
“Mangsa yang juga abang suspek yang melihat perbuatan suspek itu segera datang untuk cuba menghalang dan meleraikan pergaduhan berkenaan namun pisau yang dipegang suspek terkena pipi sebelah kanan mangsa.
“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Beaufort dan terpaksa menerima tiga jahitan,” katanya.
Menurutnya suspek kemudiannya melarikan diri dan usaha mengesan dan menahan suspek sedang giat dijalankan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – Utusan Borneo

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK