MASALAH PERTINDIHAN TANAH MASIH PENGHALANG PEMBANGUNAN TANAH DI KOTA MARUDU

Oleh: Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Masalah pertindihan  daripada  agensi milik kerajaan GLC dan Syarikat swasta  terutama Syarikat  Bega Raya Sdn.Bhd.  serta penyukatan tanah  yang lambat  masih lagi menjadi masalah utama dihadapi  penduduk  di daerah Kota Marudu sekali gus membantutkan pembangunan ekonomi sosial terutama penduduk di pendalaman .

Mengikut  rekod dari Jabatan Tahan dan Ukur daerah Kota Marudu seluas 24,000 hektar tanah   telah diberikan  hak pengurusan melalui satu perjanjian pengurusan  hutan FMU  diantara   Syarikat Bega Raya Sdn.Bhd  dengan kerajaan negeri  ( kini  diambil alih syarikat AFC)    pada tahun 2006  selama 100 tahun  melibatkan dua daerah iaitu Pitas dan Kota Marudu, ekoran daripada  perjanjian itu telah timbul  pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi penduduk terbabit.

Seorang penduduk  Kuntingai Singgaron, 68, (Gambar) mantan WKAN dari kampung Wokok Malangkap,   Marak Parak, berkata,  mereka  penduduk telah memohon  kawasan  semenjak  awal tahun 2000, lot lot tanah secara individu bersama lima buah kampung lain  bagi tujuan memohon  projek getah berkelompok  Lembaga Industri Getah Sabah LIGS serta memohon  kawasan  tanah  kampung seluas 3,191.

Katanya,  terpalit Masalah itu bagi kampung  Wokok permohonan tanah  Native Title ( NT) didapati masih ramai dikalangan pemohon  belum mendapat kelulusan untuk penyukatan tanah   daripada Jabatan Tanah Dan Ukur ini menyebabkan setengah permohonan terhadap lot-lot yang dicadangkan bagi projek berkelompok Ladang Industri Getah Sabah (LIGS) Belum dilulusksn atas alasan  termasuk dalam kawasan GLC dan tadahan air.

Menurut Kuntingai, memberitahu kepada  BS pihak LIGS melalui surat bertarikh 22 Januari 2007 dalam proses  penyukatan keliling cadangan dilaksanakan bagi lima buah kampung antaranya  Surun Surun 64 orang, Malangkap Darat 71 orang, Marak Parak 50 orang, Pompodon 66 orang dan kampong Pangapuyan seramai 165 orang menjadikan  keluasan 1,276 hektar.

Kuntingai, seterusnya merayu bagi pihak  penduduk Wokok Paliu Sumbu agar jabatan tanah dan ukur  agar  meluluskan permohonan kawasan simpanan kampung seluas   150 ekar, bagi penyusunan  perumahan penduduk seramai 265 orang penduduk atau 30 buah keluarga.

Menurut Kuntingai, surat dari Jabatan Tanah bertarikh 9.April 2019 menyatakan  agar pihaknya perlu memgemukakan beberapa  dokumen termasuk lapuran juruteknik Ukur, gambar gambar rumah penduduk dan profile kampung tersebut dan telahpun diserahkan untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan Jabatan Tanah Dan Ukur daerah Kota Marudu telahpun melakukan pengukuran melalui projek yang dikenali Penyukatan PANTAS  melalui  proses itu penyukatan tanah di kawasan  lima kampung tersebut dapat di  proses  mengukur  dan pengeluaran geran  Netif Title (NT)   dapat dipercepatkan.

Diantara yang disentuh oleh Ketua Menteri pada lawatan beliau  ke Kota Marudu awal December 2018  lalu  dapat diterjemahkan memandangkan  isu ini telah menghantui ramai penduduk, dasar kerajaan berhubung dengan pemilikan tanah  yang sudah diwartakan melalui geran Komunal dapat diberikan  geran dengan segera agar usaha untuk membuka dan memajukan kawasan tersebut.

Antara lain ucapan  Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal  yang amat menarik, ‘pemberian geran individu ( NT)  akan dilaksanakan  dalam masa terdekat dengan menekankan  beberapa  pembaharuan  bagi melindungi  pemilik tanah  supaya mereka  dapat memanafaatkan  pemilikan itu dan tidak  berdepan  masalah  tuntutan dan pertindihan serta pemulangan tanah yang Di ambil Kerajaan elalui GLC  pada rakyat.

Sehubungan itu beliau merayu pihak Ketua Menteri agar memberikan jawapan yang positif berhubung dengan  perkara tersebut sekaligus dapat  membantu usaha penduduk bagi memanjukan  tanah  kepingan agar tidak  menunggu  terlalu lama untuk  kes ini dapat diselesaikan.