KUALA LUMPUR, 2 MAC – Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) menyokong penuh agar tuntutan rakyat terhadap pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara one-off diluluskan.
Katanya, rakyat pada ketika ini masih ramai menghadapi pelbagai kesusahan akibat pandemik Covid-19.
“Tuan Yang Dipertua, Titah Tuanku pada perkara lima (5) muka surat tiga (3) Titah Ucapan DiRaja memang benar dan berasas.
“Bahawa melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara Kerajaan dengan Pakatan Harapan telah memberi banyak manfaat kepada rakyat jelata hasil daripada kestabilan yang dikecapi pada ketika negara berhadapan dengan krisis kesihatan, krisis ekonomi dan krisis politik.
“Namun rakyat pada ketika ini masih menghadapi pelbagai kesusahan kerana kehilangan pekerjaan dan perniagaan.
“Sebab itulah Tuaran menyokong tuntutan rakyat agar pengeluaran RM10,000 KWSP itu dapat diluluskan oleh kerajaan sebab duit itu adalah milik rakyat,” katanya.
Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian pada sesi ucapan perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan DiRaja dalam Persidangan Parlimen Dewan Rakyat,di sini, hari ini.

More Stories
Madius minta MITI perjelas langkah kerajaan tingkatkan KDNK Sabah dalam industri pembuatan
Kerajaan Perkukuh Kesalinghubungan Digital POIC Lahad Datu Melalui Pelan JENDELA
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius