[ad_1]
Seperti diperakui oleh Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2018 yang dikeluarkan baru-baru ini, aktiviti tersebut termasuk reka bentuk litar bersepadu (IC); reka bentuk pembungkusan IC; reka bentuk sistem terbenam; dan perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan serta pengujian bagi kluster E&E di samping ekosistem rantaian bekalan berkaitannya.
“Ini merangkumi aktiviti dalam semikonduktor, khidmat pembuatan elektronik, elektronik sistem industri, penstoran, diod pemancar cahaya (LED), solar, robotik automasi, fotonik optik, Objek Rangkaian Internet (sebagai asas Industri 4.0), serta perkhidmatan perkongsian,” menurut MIDA dalam kenyataan.
Pada 2018, industri E&E merekodkan pelaburan bernilai RM11.2 bilion atau 12.8 peratus daripada pelaburan keseluruhan Malaysia.
Sektor E&E amat memberangsangkan dengan dominasi pelaburan asing (RM10.7 bilion atau 95.8 peratus daripada pelaburan keseluruhan) dalam industri, kebanyakannya dari Netherlands, Jepun dan China.
Daripada 56 projek yang diluluskan tahun lepas, kebanyakannya adalah projek perluasan dan kepelbagaian, dengan pelaburan bernilai RM10.3 bilion, manakala 17 lagi merupakan projek baharu dengan pelaburan RM918.2 juta.
“Berbanding 109 projek yang membawa masuk RM9.7 bilion pada 2017, prestasi ini adalah petunjuk jelas bahawa perbelanjaan modal purata bagi setiap projek meningkat lebih sekali ganda pada 2018,” menurut MIDA.
Agensi itu berkata subsektor komponen elektronik setakat ini menjadi sebahagian besar pelaburan dalam industri E&E apabila membentuk 84.4 peratus daripada pelaburan keseluruhan.
Pada 2018, sejumlah 18 projek diluluskan dengan membawa masuk pelaburan bernilai RM9.4 bilion sekali gus ia adalah pertumbuhan mengagumkan dengan lebih 200 peratus berbanding pada 2017.
Projek yang diluluskan itu terdiri daripada pembuatan komponen elektronik (contohnya termasuk pembungkusan IC yang lebih moden; LED, peranti semikonduktor mikropengawal dan pemasangan papan litar tercetak.
“Hampir kesemua pelaburan ke dalam subsektor ini merupakan pelaburan langsung asing, membentuk 99 peratus daripada pelaburan keseluruhan,” menurut MIDA.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar