[ad_1]
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata peruntukan berjumlah lebih RM3 juta itu adalah bagi membeli 14 unit lori dilengkapi pendingin bagi tujuan logistik.
“Ini merupakan inisiatif awam-swasta untuk memperluas capaian bank makanan yang ditubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta,” katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini, hari ini.
Terdahulu, Lim mengadakan sidang media berasingan mengenai kejayaan menyempurnakan penerbitan Bon Samurai oleh kerajaan Malaysia di sini.
Lim berkata peruntukan tersebut juga bertujuan memastikan bantuan dapat disalurkan dengan sebaiknya kepada pihak yang memerlukan.
Sementara itu, Saifuddin berkata program Food Bank Malaysia telah dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya masing-masing pada 26 Feb dan 7 Mac lepas.
Beliau berkata ia akan diperluas ke Universiti Putra Malaysia pada 21 Mac, Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang (23 Mac), Universiti Malaysia Pahang (1 April), Universiti Sains Malaysia (8 April), Universiti Utara Malaysia (15 April) dan Universiti Malaysia Sabah (22 April).
Mengikut program berkenaan, KPDNHEP akan membekalkan bahan mentah kepada persatuan pelajar yang bertanggungjawab menyediakan petugas untuk kerja-kerja memasak serta mengagihkan makanan, katanya.
Beliau berkata pihak universiti akan bertanggungjawab menyediakan kemudahan bagi tujuan penyediaan makanan termasuk keperluan memasak serta senarai pelajar dalam golongan B40.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu