KIULU: Program Moginakan Keluarga UPKO Kiulu menjadi medan penyatuan perpaduan antara masyarakat setempat.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, kepimpinan seharusnya bermula daripada peringkat keluarga yang boleh diasah melalui program moginakan.
“Kepimpinan yang baik bermula dari keluarga, dan melalui aktiviti sebegini, kita dapat memupuk semangat kerjasama dan kesepakatan yang lebih erat,” katanya ketika merasmikan program itu di Dewan Serbaguna Kampung Lokub, Kiulu di sini, pada Ahad.
Ewon juga menegaskan acara kemuncak Moninsib atau acara memotong daging kerbau, bukan sahaja menjadi simbol perpaduan tetapi juga cara untuk merapatkan silaturahim antara komuniti.
“Acara Moninsib ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan untuk memperkukuhkan perpaduan dan memelihara nilai-nilai kebudayaan dalam komuniti bagi memastikan perpaduan yang lebih utuh,” jelasnya.
Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa pertandingan termasuk pertandingan menyanyi (Rombituon) dan masakan tradisi.
Ewon turut menyempurnakan penyampaian beg sekolah kepada 195 murid daripada 12 buah sekolah di kawasan Kiulu.
Ahli Parlimen Penampang itu turut menyampaikan sumbangan cek kepada Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Tuaran (Kiulu).
Hadir sama, Ahli Parlimen Tuaran merangkap Presiden Kehormat UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Penasihat UPKO merangkap Pengerusi SME Corp, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, mantan Timbalan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Ketua UPKO CLC Kiulu merangkap Pengerusi Penganjur, Joisin Romut dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi UPKO.
More Stories
Tindakan Pantas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran Pulihkan Jalan Bayaon Kiulu
Madius Meriahkan Hari Komuniti Sempena Hari Malaysia Taman Sri Rugading 2024
Pusat Khidmat Parlimen Tuaran, JAS serta pelbagai institusi dan agensi jayakan Sambutan Hari Pembersihan Sedunia