KOTA KINABALU: Mahkamah Persekutuan menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh baru pendengaran permohonan difailkan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menetapkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang sah.
Ini sekali gus menafikan khabar angin yang disebarkan pembangkang kononnta Musa kembali menjadi ketua menteri Sabah pada penghujung bulan ini.
Peguam mewakili Shafie, Datuk Douglas Lind berkata, pendengaran tersebut hanya untuk menentukan jika Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Musa untuk merayu atau tidak.
“Mahkamah akan mendengar permohonan kebenaran merayu oleh Musa di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonanya sebelum ini kerana bersifat akademik,” katanya seperti dilaporkan.
Katanya lagi, jika permohonan kebenaran merayu itu diterima, barulah Mahkamah Persekutuan akan mendengar kes itu.
Bagaimanapun kata beliau, proses berkenaan akan memakan masa yang panjang kerana barisan peguam kedua-dua pihak perlu memfailkan dokumen berkaitan kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum menerapkan tarikh pendengaran.
Timbalan Pendaftar, Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof dalam pengurusan kes berkenaan yang diadakan secara atas talian, baru-baru ini. –http://beritasabah.com
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK