PETALING JAYA, 21 April – Seorang warga Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam, yang didapati bersalah menyeludup dadah ke Singapura akan menjalani hukuman gantung sampai mati pada 27 April ini.
Bekas Peguam Nagaenthran, M. Ravi berkata beliau sedih menerima berita bahawa Nagaenthran akan berdepan hukuman mati minggu hadapan.
“Baru menerima berita yang menyayat hati bahawa Nagaenthren akan dihukum gantung pada Rabu depan,” katanya.
Nagaenthran telah ditahan Pihak Berkuasa Singapura pada 2009 atas kesalahan penyeludupan dadah jenis heroin seberat 42.72 gram di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika melintasi sempadan Malaysia dan Singapura.
Hampir 11 tahun, tertuduh akhirnya gagal dalam rayuan terakhirnya bulan lalu setelah hakim menolak hujah melaksanakan hukuman mati ke atas individu kurang upaya dari segi mental bertentangan undang-undang antarabangsa.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK